ORKED UNGU
Last Juliet
Follow
Dashboard
Entries About Chatbox Linkies

Kata mereka
Thursday, April 9, 2015 | 11:04 AM | 0 Juliets and Romeos?

Kata mereka , berhentilah
Buat apa kau sambung kembali dahan yang patah?
Tak guna kau jahit hati yang berdarah,

Kata aku, wahai mereka, berhentilah
Sekurangnya aku cuba cantumkan dahan, biar berkawan,
Jahit hati pulih sendiri, tinggal parut jadi memori.

Dan sekarang mata aku panas berair,
Penat hendak sambungkan dahan
Penat hendak jahitkan hati


 

Smile is Contagious
Thursday, April 2, 2015 | 11:45 AM | 0 Juliets and Romeos?

Assalamualaikum uoolss dan semua yang sanggup datang cuci mata ke belog aku yang tak seberapa nih.
Tajuk yang aku randomly pilih hari ni. Sebab lama tak berbelog rasa awkward pulak
Lewwzz sangat. Hari ni aku saje nak berkongsi tentang senyuman yang boleh jadi satu igauan atau pun idaman. haa gitu. Sebab naturally senyuman tu berjangkit.
Bila ada orang senyum kat kita dan kita macam . Buat muka selenge dan derp macam tak nak layan.
Serta merta mood si tukang senyum akan jadi bad mood jugak.
Same thing applied dekat senyum. kalau orang tu senyum, dan kita senyum balik. Senyum kita akan jadi wider. Kan manis begitu?.
Senyum tu sedekah. Jadi jawapan skema kertas SPM Pendidikan Islam. Tapi setakat atas kertas jerlah
Actually tak ramai nak senyum dekat stranger. Kan?

Tapi kau taktau entah entah stranger tu had a very bad day dan kau jadi one of the source of healing.
Tak ke besar tu?

Tak pun tiba tiba that stranger fall in love dengan senyuman kau lepas tu drama tu bersambung sampai kau dengan dia tukar tukar nombor dan tup tup dia jodoh kau

Okay . Berangan.

Mesej aku

Tak susah nak buat pahala kan?


Belgaum, India
Sunday, October 5, 2014 | 9:29 AM | 0 Juliets and Romeos?



Ini cerita aku, cerita mereka, 
Bila kaki aku sentuh tanah India,
Serius cakap, aku jadi blur serta merta,
saat tu jugak macam dengar orang kata,
kau dah sampai, kehidupan kau dah nak mula
Okay, mulakan kehidupan kat India memang kena start dari kosong,
Dari taktau apa apa, 
Last last kenal brand ternama dia,


Apple . RS 15 . My fav.

Note that Chai

Belgaum


Jalan ,

Bangunan

Jalan dan Bangunan

Kereta

  Serius. Bawak motor kereta kat sini. Perlu skill serta cekal JIwa
Tebal telinga
Motor


Jin tak jejak tanah
Friday, October 3, 2014 | 11:28 AM | 0 Juliets and Romeos?

Assalamualaikum peeps, girlfriends, boyfriends , readers , *ahaks and scadals .
Okay. hampir 2 minggu dekat Belgaum India. Dan serius aku macam jin yang tak jejak tanah
Biological clock aku bangun pagi untuk pergi kelas
lepas tu wandering kat dalam bilik, fikir nak buat apa. Padahal aku sebenarnya harus belajar
Selepas tu , jadual aku memang hectic habis. Aku pun tak habis mengadu penat kat mak aku
Kalau aku mengadu kat ayah aku , ayah aku confirm reply " Tak mati pun kan?"
And i was like. yeah ayah. tak mati. memang tak mati.
Walaupun pack, aku try jugak selit benda baik dalam kamus hidup aku setiap hari
Supaya bila aku selak waktu malam, sekurangnya ada yang tercatit dekat belah kanan
belah kiri pun tak kurang catit, sebab mengeluh , mengeluh dan mengeluh
Bukan mengaduh sebab aku rasa susah sangat, susah sebab usaha tak sebati dengan diri
hardwork belum jadi makanan ruji diri aku
 Entah, aku pun taktau sama ada aku yang mengalah dengan malas, atau aku yang taknak menang
Mungkin aku belum sedia sepenuhnya.
Baru first year, tu tanggapan yang tak lari dari minda,
tapi betullah, nak pegang nyawa, bukan setakat bedah patung takde jiwa
Doakan aku .
Berjaya. Dunia , Akhirat.

Satu paste tomyam. masuk dalam air panas. pun boleh buat aku teringat Malaysia.

Seperti biasa. Tiada gambar. :)

Wordless Wednesday #1
Wednesday, September 24, 2014 | 10:01 AM | 0 Juliets and Romeos?



Bunga Warna Ungu
| 9:53 AM | 0 Juliets and Romeos?

Aku ada satu cerita bunga. Bunga yang mak aku tanam selalu gugur setiap pagi. Bunga tu warna ungu. Bukan morning glory. Tapi bunga tu tak pernah serik nak berbunga lagi setiap pagi walau esok dia gugur kembali. Kalau tinggi sikit mak aku cantas , tinggal batang. Esok esok daun naik , bunga kembang, esok pagi gugur lagi . Sembah bumi .

240914
1657
Belgaum, India

Ni tandanya aku dok rindu kat rumah .

M.D USM-KLE IMP
Tuesday, September 23, 2014 | 6:54 AM | 0 Juliets and Romeos?

Alhamdulillah. Akhirnya  setelah penantian yang macam lama giloss dapat jugak aku jejakkan kaki kat atas tanah Bangalore. Transit di Bangalore sebelum ambil domestic flight di Belgaum. Serious talk , aku tak pernah sangka yang aku akan keluar dari Malaysia atas tujuan belajar. Impian memang ada sebab masa Teacher Nadhira tanya cita cita nak tulis atas nametag aku tulis Toronto, Canada sebab aku ikut Jua. Heh . Tapi impian dengan realiti tu jauh bezanya. Realiti nya bila jasad yang aku bawa jejak ke negara lain. Bukan setakat berlegar atas awan sebab masih namanya impian.

Jadinya macam macam benda yang jadi kat aku untuk kali pertama. Kali pertama aku guna duit rupees . Kali pertama aku tidur kat airport. dan kali pertama jugak aku solat dekat tepi papan yang selalu tulis kenyataan tu. Sebab selalu Malaysia ada je surau kat mana mana. Tapi sekali rasa pulak solat atas lantai yang aku lansung tawakkal solat aku diterima.

India mungkin tak seindah seperti orang yang belajar di negara Barat rasa. Tapi aku sedar. India yang bakal melahirkan aku yang baru. Aku yang akan memegang title di depan nama. Bukan untuk bangga. Tapi sekadar pengenalan. Aku seorang doktor.

Aku nak belanja gambar tapi dalam phone. Jadinya. Siapa nak tau Belgaum macam mana. Sila guna khidmat Pakcik Google.







Older Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : orked
Best View in Google Chrome