ORKED UNGU
Last Juliet
Follow
Dashboard
Entries About Chatbox Linkies

Sukar rasanya untuk cakap Alhamdulillah
Saturday, May 17, 2014 | 9:11 PM | 3 Juliets and Romeos?

Assalamualaikum
Pernah kau rasa bersyukur?
Sepanjang aku hidup. Alhamdulillah. Aku bersyukur.
Tapi rasa nak lebih dari orang lain tu tetap ada
tetap hasut aku supaya cuba untuk lebih lagi tarik nikmat dunia

Kisahnya semalam aku ke satu pertangdingan bercerita

Dan si bercerita itu Cacat Pendengaran.
Ya . Bisu pun datang sekali dengan pakej
Tapi senyuman jelas dekat muka dia.
Senyum.
Isi ceritanya mengenai Nikmat. Allahuakbar.
Seorang yang tidak boleh mendengar
tidak boleh bercakap. Bercerita mengenai nikmat yang telah Allah kurniakan

Aku tak jelas kenapa.
Tapi air mata aku mengalir .
Mungkin kerana aku rasa bertuahnya aku dari dia.
Mungkin juga kerana bertuahnya dia dari aku.
Ke arah mana nikmat yang Allah beri aku gunakan?
WALLAHUALAM
Tapi yang pastinya dia. Gunakan nikmat tangan yang Allah berikan
untuk memberitahu yang lain dia masih boleh bercerita. .
Betapa bersyukurnya dia.
Kau bagaimana?




Older Post . Newer Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : orked
Best View in Google Chrome