ORKED UNGU
Last Juliet
Follow
Dashboard
Entries About Chatbox Linkies

M.D USM-KLE IMP
Tuesday, September 23, 2014 | 6:54 AM | 0 Juliets and Romeos?

Alhamdulillah. Akhirnya  setelah penantian yang macam lama giloss dapat jugak aku jejakkan kaki kat atas tanah Bangalore. Transit di Bangalore sebelum ambil domestic flight di Belgaum. Serious talk , aku tak pernah sangka yang aku akan keluar dari Malaysia atas tujuan belajar. Impian memang ada sebab masa Teacher Nadhira tanya cita cita nak tulis atas nametag aku tulis Toronto, Canada sebab aku ikut Jua. Heh . Tapi impian dengan realiti tu jauh bezanya. Realiti nya bila jasad yang aku bawa jejak ke negara lain. Bukan setakat berlegar atas awan sebab masih namanya impian.

Jadinya macam macam benda yang jadi kat aku untuk kali pertama. Kali pertama aku guna duit rupees . Kali pertama aku tidur kat airport. dan kali pertama jugak aku solat dekat tepi papan yang selalu tulis kenyataan tu. Sebab selalu Malaysia ada je surau kat mana mana. Tapi sekali rasa pulak solat atas lantai yang aku lansung tawakkal solat aku diterima.

India mungkin tak seindah seperti orang yang belajar di negara Barat rasa. Tapi aku sedar. India yang bakal melahirkan aku yang baru. Aku yang akan memegang title di depan nama. Bukan untuk bangga. Tapi sekadar pengenalan. Aku seorang doktor.

Aku nak belanja gambar tapi dalam phone. Jadinya. Siapa nak tau Belgaum macam mana. Sila guna khidmat Pakcik Google.







Older Post . Newer Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : orked
Best View in Google Chrome